Showing posts with label kerabattupai. Show all posts
Showing posts with label kerabattupai. Show all posts

Monday, January 30, 2012

'semua sekali ada 3 bilik. yang first dua-dua kuning.
yang second dua-dua hijau. yang hujung kuning-hijau'
bersungguh-sungguh achik bercerita. aku buat-buat berminat.

'mula-mula, yang bilik second tu hilang satu.
lepas tu, yang bilik hujung tu hilang hijau.
so, masukkan la yang kuning bilik hujung tu ke bilik tengah'
aku angguk-angguk, buat-buat faham.

aku diam seketika, kemudian bersuara;
'kau yakin ke yang tinggal tu jantan betina? ntah-ntah dua-dua jantan??'


Tuesday, October 11, 2011

'orang tua-tua cakap kalau masak masin,
itu tandanya dah nak kawen'
'huh! kalau betul, agaknya aku dah ada anak 5 dah....'

Thursday, September 8, 2011

bila paksu berkata-kata

'paksu jumpa duit kat office tadi' 
'macamana jumpa?'
'ada orang jumpa, dia kasi paksu' 
'suruh kasi boss?'
'kasi paksu. duit paksu katanya'
'ye ke duit paksu?'
'ye kot. dalam beg ni'
'beg paksu ke?'
'beg paksu'
'mana jumpa?'
'atas meja paksu' 

Wednesday, August 31, 2011

se-keluarga ber-dondon.

dah tiga tahun kami sekeluarga pakai sedondon.
yang tak best sebab style sama je.
tak kain yang kosong, mesti baju yang kosong.
baju melayu memang sah-sah semua kosong. 
nak buat sepasang bunga-bunga memang tak dapat.
nanti orang cakap macam karpet berjalan pulak.

Monday, May 23, 2011

entri pasal ibu [finally!!!]

oleh sebab semalam dua minggu lepas saya dah janji nak buat entry pasal ibu,
dan hari ini sehari kemudiannya adalah hari ibu, maka saya pun menalipon ibu saya,
supaya mendapat bahan cerita untuk dibuat entri untuk wish 'happy mother's day'...



tupaimerah : helo ma, dok tengah buat apa?
mak : tadak buat apa pun, dok barin-barin tengok tv.
tupaimerah : ooo~ sapa ada kat rumah?
mak : ada la macam besa blablablabla
tupaimerah : sebenaqnya telipon ni nak wis 'happy mother's day'..
mak saya : haa... 2-3 hari lepaih mama dapat kad tu. ingatkan kad mades day.
                 rhupanya kad besday. besday mama dah lebih sebulan dah kot?











hehe :p







p/s.
bukan apa ma, dah tulih macam tu,
piker 6-7 kali jugak nak pos tu. hehehe

Tuesday, March 8, 2011

entri khas : alkesahnye~ bujal/bonbon/uncle/pembaris

hoooo... korang tak paham ye??????????????????


matcham macam ni.
achik adalah seorang pelajar. yang sangat berhemah.
tapi tak pandai bawak motor.
well, kat rumah pun takde motor.
jadi, takpe la kalau dia tak pandai bawak motor, kan?

oleh yang demikian, bila beliau nak pergi sekolah,
beliau kena la tumpang mak saya,
yang juga merupakan mak beliau.
kebetulan mak saya pun bekerja di sekolah yang sama.

otai, biasa la pegi keje lambat~
maka achik ni pun selalu la lambat.
tapi sebab achik ni pun otai,
maka beliau tidak lah di denda tunggu di pagar sekolah pada jam 8 pagi.
atau denda-denda seperti kutip sampah atau pun denda-denda lain.

cuma yang tak best nye, bila pelajar-pelajar lain balik pukul 2,
belum tentu si achik ni boleh balik pukul 2.
maklum la, beliau kan menumpang~
kalau mak saya abes keje pukul 2, maka beliau balik la pukul 2.

kalau mak saya ade meeting sampai pukul 3, maka beliau balik la pukul 3.
atau beliau boleh balik pukul 2.30 kalau beliau telepon ayah saya.
itu pun kalau ayah saya rajin nak pegi amek dia.

oh ye. cerita hari kejadian entri terdahulu.
pelajar-pelajar kena stay back untuk saya pun tak tahu kejadah kerja nye.
tapi di sebab kan mak saya sudah time balik masa tu,
maka si achik ni pun terlepas la dari kejadah kerja nye itu. 
balik la beliau bersama mak saya dan meninggal kan kawan-kawan beliau.
'mana aci cikgu' kata kawan-kawan beliau.

cerita part p/s.
cis la, sebab saya tak sempat merasa pengalaman seumpama.
sebab masa saya sekolah kat situ, mak saya tak kerja lagi di situ.
pergi sekolah pun naek beskal je.
sebab masa tu pun takde motor kt rumah.
kalau ade pun, saya tak reti nak bawak.
dan, bila mak saya dah kerja kat situ, saya dah tak ber sekolah lagi di situ.
cis la kan?







errrr... korang dah paham tak ni?????

Monday, March 7, 2011

cerita achik

cikgu : ai? ini aje yang ade? mana yang lain?
budak : ni aje yang ade cikgu..
cikgu : ****, mama awak balik pukul brape hari ni?
achik : dah balik dah ni. pukul 2.
cikgu : hmmm, kalau mcm tu, awk boleh balik. yang lain stay.
budak : mana aci cikgu?
achik : bye all. see u tomorrow. hehe






[seperti yang di cerita kan semula oleh achik]




p/s.
sayang gua tak sempat merasa pengalaman seumpama. cis.

Sunday, February 27, 2011

ayah saya

ayah saya sangat artistik orang nya.
pandai melukis.
pandai bermain muzik.
kalau menyanyi, sedap suara nya.
kurang sedap sedikit dari suara jamal abdillah.
[betul ni, saya tak tipu!]

sayang, kuah tak tumpah ke nasi.
saya tidak lah pandai mana melukis.
bermain muzik apatah lagi.
suara, hancus!

nanti saya kahwin, saya nak buat joget lambak lah.
berangan ni nak berduet dengan ayah.
pergh. mesti best!!!







errr, saya gerak dulu la.
tetiba je saya terbayang kena lempang dengan mak!

Tuesday, February 22, 2011

adik manja vol. II

tupaimerah : hello. mak. macamana adik semalam?
mak : ok je. seronok la dapat masuk asrama blablablablablablabla
         esok mak nak pegi melawat dia.
tupaimerah : ai. baru semalam daftar, esok nak melawat dah?
mak : takde laa~ haritu dia bawak satu je kasut hitam.
         sekolah dia kena pakai kasut hitam sampai malam.
tupaimerah : ooo~


***


tupaimerah : hello. chik, kau tak join mak pegi sekolah adik esok?
chik : alah. mak je yang beriya nak pegi. adik cakap takpe je satu kasut pun.
         2 minggu lagi dia boleh balik.
tupaimerah : aku dah agak dah~ hahahaha






p/s.
mak.
sudah-sudah lah manja kan budak tu.
dia dah umur 13 dah.

Saturday, February 19, 2011

adik manja

tupaimerah : dik, nak tau tak? orientasi seminggu penat tau.
adik : ye ke?
tupaimerah : iye~ lagi nak tau tak? dia tak bagi kita telefon rumah~
adik : iye?
tupaimerah : a'ah. pastu kena bangun kul 5 pg. tido kul 11. hari-hari.
adik : ye ke?
tupaimerah : ye la. nanti banyak homework, bersukan lagi.
                   oklah. nanti belajar elok-elok tau?
adik : oookeeeyyyy~
mak : hoi! ape kau cakap kat adik kau tadi haa???








p/s.
sori mak. lupa pulak nak cakap 'tapi sekolah asrama bessttttttt~' hehe

Monday, February 7, 2011

ayah & angah

ayah : kakak balik sorang la ni? angah memang tak balik ye?
tupaimerah : [eh?] angah balik la ayah. kakak takkan balik sorang-sorang la...


kuajaq punya budak!
dah dua jam sampai rghumah awatnya tak p jumpa pak hang!!!!!
aarrghhhhh!!!!!!!!!!!!

Saturday, February 5, 2011

cerita burung

ayah : belikan pisang untuk burung ayah.
mak : pisang apa yang best?
ayah : apa-apa pun takpe. burung je yang nak makan. janji murah.
tupaimerah : akak tahu pisang apa yang murah.
mak : mak pun rasa macam tahu.
ayah : pisang apa?
tupaimerah : pisang buruk!

Sunday, December 19, 2010

just shoot me!

dia : x nk b'kenalan ngan sy ke?
tupaimerah : taknak!
dia : sudi la.. u x sayang i ke? u x rindu i ke?
tupaimerah : sapa ni? adek ye? no baru ke? haha.
                   to answer ur questn, NO.
dia : ye la tu.. it's me adik.. no baru n telefon baru.. cuba teka i guna telefon ape...
       slides? touch screen? biasa?.... nokia? sony? xperia? bb? iphone or anythingla...


xperia?


p/s.
sebelum ni selalu jugak tupaimerah nampak perkataan 'xperia' tu kat status fb kawan-kawan.
mati-mati tupaimerah ingat xperia tu brand kereta!
sh*t laaa....

Monday, December 13, 2010

31 ogos 2007

'nanti, bila kakak kawen, pergi honeymoon jauh-jauh, tau?
bila lagi kita nak berjalan tempat orang....'

'kalau dapat husband kaya boleh la tok.... kalau macam kita-kita ni, hmmm...'



p/s.
dah nak masuk 2011 tok, tapi kakak masih ingat pesan atok :)

Sunday, November 21, 2010

bukan salah ibu mengandung

cashier : ni kena test dulu ni kak. kot-kot tak nyala.

maka beriyalah si cashier tu memasukkan bateri ke dalam torchlight.
.
adik tupaimerah dah senyum-senyum.
mama masih lagi tekun memerhati.
pun dah senyum-senyum kelat.
.
cashier : err, tak nyala ni kak. rosak kot? 
mama : bateri tadi tu betul tak awak pasang?
cashier : eh? salah ye?

adik tupaimerah dah terkulat-kulat tahan gelak.

Saturday, November 20, 2010

anak buah bertuah

cik : kakak. sabtu ni datang tau. cik nak buat sate.
tupaimerah : aah? alaa.. kakak dah nak balik KL...
.
sedihnya...
.
nak sate ke, nak balik KL? 
balik ahad kang, jam.. balik sabtu kang, tak merasa sate cik.. 
ahad ada walkathon.. sate sabtu..  ahad jam.. alaaaaaa~ 
.
tupaimerah : cik, buat jumaat boleh tak? nanti kakak datang.
                   tak payah cucuk-cucuk. kakak sampai nanti kakak goreng sendiri.
cik : oke, datang tau esok!
.
yeslahhhh!!!!!!!!!!!!

p/s.
kalau dah anak buah kesayangan :)

Wednesday, November 17, 2010

kisah anak terlampau.

lokasi : dapur rumah nenek
pelampau :   mama tengah bercakap di telefon bimbit 
                   tupaimerah tengah makan nasi
                   maksu tengah minum di hujung meja   

mama : hello. haaa. wan. besok kami pegi sana.
            aqiqah anak min ye? oke. oke.
            blablablabla.
            nak cakap dengan ciksu ke? dia ade ni.

[mama hulur telefon ke tupaimerah]

tupaimerah : eh?
maksu : hahahahahahahaha

p/s.
apekah motif tertukau anak sendiri dengan adik sendiri?
anak baru berusia 29 tahun. adik dah 39 kalau tak silap.
adekah salah tupaimerah kerana masih bertudung litup pada waktu kejadian?
mungkin. ouh. 
tupaimerah just trying to be reasonable.

Tuesday, November 16, 2010

kisah anak buah terlampau.

lokasi : dapur rumah nenek
pelampau :   maksu tengah mengemas
                   tupaimerah baru siap makan nasi
                   nenek tengah siang ayam 
                   paksu tengah duduk-duduk

nenek : kakak besok datang pukul brape? 
tupaimerah : tengahari la kot? lunch?
maksu : datang la awal. bungkus ketupat.
tupaimerah : oh. oke. tapi mama keje lagi. petang la jadinya. 
maksu : abeh sapa nak bungkus ketupat?
tupaimerah : hahaha
nenek : asu ke kedai dulu kan besok? beli daun palas. 
maksu : a'ah. maksu ke kedai dulu pagi esok. beli daun palas. balik, nk kena bukak lagi.
tupaimerah : haa. ye la. kakak datang time bungkus la. tengahari la kot?
nenek : a'ah.
maksu : oke.
tupaimerah : kakak datang dulu la. tak tunggu mama. bole je.
maksu : a'ah. kakak datang buat apa?
tupaimerah : MAKAN NASIK LA!
paksu : hahahahahahahahahahahahahaha.

p/s.
tupaimerah singgah rumah nenek, makan nasi, sebelum meneruskan perjalanan balik rumah mama. salam eid! 

Thursday, November 11, 2010

ah!

tupaimerah senyum sipi-sipi dalam kereta tadi.
mama dan papa harus lebih senang hati barangkali?
tahun depan adik dah masuk sekolah menengah.
gayanya, mama dan papa tinggal berdua aje di rumah.
anak dekat sedozen. semua merantau.
tapi yang kerja cuma tupaimerah, yang lain masih menggagau.
hmmm. tupaimerah senyum lagi.
meleret, kali ini.
.
'wah.. dah besar rupanya adik saya kan?
anak ramai pun mama dan papa tinggal berdua di rumah'
.
'kau risau adik kau yang dah besar.
yang engkau, dah tua, bila nak kawen?'
.
[eh kak. kau tak sayang mulut kau ye?]

cerita upsr dan rm100

upsr1999
'kalau dapat 5A kakak bagi rm100'

upsr2001
'kalau dapat 5A kakak bagi rm100'

upsr2003
'kalau dapat 5A kakak bagi rm100'
 
upsr2005
'kalau dapat 5A kakak bagi rm100'

upsr2010
'kalau dapat 5A kakak bagi rm100'

err.. dalam hidup tupaimerah, taraf ekonomi tak pernah berubah kot???