Friday, December 31, 2010

kita masih mampu tersenyum

ketika hati berpaling tadah
cinta-ku rakus memakan diri
walaupun kasih telah berubah
menyemai dendam jauh sekali

ketika rindu menghambat hari
sayang-ku tinggal di dasar kalbu
walaupun pedih rasa di-hati
renung-ku mati pada yang Satu

ketika mata bertentang mata
jiwa-ku hangat sehangat malam
walaupun langkah tidak sekata  
syukur-ku senyum masih tersulam





p/s.
semalam jumpa birthday boy
tidak ada kejadian yang tidak di-ingini berlaku
bagus-lah

Thursday, December 30, 2010

kerongsang berantai warisan kak limah

perlu kerongsang berantai untuk baju ini. 
.
.
.
dada sudah membidang-kah? 
coli laser jupe sudah menebal-kah? 
.
.
.
abdomen sudah memberat? 






p/s.
yay! berat tupaimerah dah naik se-kilo.
se-kilo, oke~ se-kilo.. banyakkkkk tuuuuuu....

yang di-tunggu

hari ini 
30 disember 2010
.
.
.
.
mmmmm~

Wednesday, December 29, 2010

sementara telah berakhir

yes!

'hello. tengah buat apa?
saya nak minta maaf.
sebab semalam saya berkali-kali minta maaf.
padahal awak cakap saya tak salah pun kan?
.
.
.
.
saya tahu awak takde blog.
sebab awak memang tak pandai menulis pun...'




................memang rasa nak marah. tapi tak jadi.



p/s.
besok lah tupaimerah update blog. 
ade kerja rumit sikit untuk entri kali ni.

Tuesday, December 28, 2010

tiba-tiba je dia bersuara :
'semalam saya baca blog awak.
saya tahu awak sakit hati dengan saya.
saya tahu semua tu salah saya.
jadi saya minta maaf..'

tupaimerah kemudian berkata :
'bila masa pulak saya ada blog ni?
saya tahu la semalam awak baca blog ******* depan saya?
tapi itu bukan blog saya.
dah, lagi satu, awak tak ada salah apa-apa la dengan saya.
saya sayang awak lagi..'

tupaimerah kemudian senyum...




dan mengambil keputusan untuk bercuti dari ber'blogging' buat sementara waktu. 
eh, takut ke? hehe






p/s.
mula sukat 'sementara' :)

Friday, December 24, 2010

tau takut!

serious!
gua takut dah nak merapu merepek kt FB.
maklumlah sepupu sepapat gua semua ada kat situ.
hatta mak ayah gua pun ada!
............... [tapi account diorang gua yang manage!] 
kat blog takpa. gua cakap bingai pun tadak sapa tau!
tadak sapa kenal! komen siap boleh tapis lagi.

hahahahahahahahahahahahaha

oh. memang syok!



p/s.
please excuse the frequency of blog update for today. 
gua kelapangan melampau.

cerita zaman - sekolah - paling best [1]

semua berdiri. duduk hanya bila jawab dengan betul.

tupaimerah :

mula-mula berdiri,
pastu berdiri atas kerusi,
pastu berdiri atas meja,
pastu mencangkung bawah meja,
pastu bawak kerusi duduk atas meja guru,
pastu berdiri luar kelas.
baik tak payah jawab langsung macam ni!!!

p/s.
tupaimerah memang tak berkebolehan dalam subjek geografi!!!!

Thursday, December 23, 2010

bukannya tak ada kerja, tapi... 
bukannya tak boleh buat, tapi... 
bukannya payah pun, tapi... 


ah! cakap aje la kau malas!


p/s.
tupaimerah marah diri-sendiri

'ikhlas..

itu rahsia kita dengan Tuhan..'


'rasanya kini makin jelas 
sayang dan rindu itu tidak lagi ikhlas 
telah berjanji pada diri 
yang terbaik adalah melepas kau pergi..'


p/s. 
hujan pagi ni, bertambah-lah sayu di hati......

Wednesday, December 22, 2010

22dis2010 - mcD

tupaimerah dah lupa bila tupaimerah boikot mcD.
tupaimerah dah lupa bila tupaimerah berhenti boikot mcD.
tupaimerah dah lupa bila tupaimerah kembali boikot mcD.
tupaimerah dah lupa bila tupaimerah kembali berhenti boikot mcD.
.
.
.
nyum~ nyum~ nyum~
.
.

p/s. 
tupaimerah sedang menikmati prosperity :)

Tuesday, December 21, 2010

the old boys

being the only girl in the middle of successful old boys, is, quite something. 

the oldest boy : so, what about you?
tupaimerah : [haha. obviously i'm not one of the old boys. i'm not even boys. not even old]
the oldest boy : obviously you're not one of us.
the old boys : hahaha

MCOBA - very successful old boys :)



p/s.
google sendiri lagu latar : zapin berharap - ND Lala

Monday, December 20, 2010

sejauh mana...

kebenaran kau berkata-kata?

p/s. 
jangan percaya aku. 
aku memang tidak berkata benar di laman sesawang. 
kalau ada pun, tidak aku sumpah-kan kebenarannya. 



jap.
tengah cari lagu latar untuk entry ni.
tapi sebab aku rasa aku busy, maka aku post aje terus tanpa sebarang lagu latar.
kau marah tak?

Sunday, December 19, 2010

just shoot me!

dia : x nk b'kenalan ngan sy ke?
tupaimerah : taknak!
dia : sudi la.. u x sayang i ke? u x rindu i ke?
tupaimerah : sapa ni? adek ye? no baru ke? haha.
                   to answer ur questn, NO.
dia : ye la tu.. it's me adik.. no baru n telefon baru.. cuba teka i guna telefon ape...
       slides? touch screen? biasa?.... nokia? sony? xperia? bb? iphone or anythingla...


xperia?


p/s.
sebelum ni selalu jugak tupaimerah nampak perkataan 'xperia' tu kat status fb kawan-kawan.
mati-mati tupaimerah ingat xperia tu brand kereta!
sh*t laaa....

Wednesday, December 15, 2010

bahasa basi

semalam sebelum tidur tupaimerah sms dia,
minta confirm-kan kehadiran untuk majlis sekolah kami.
saja la, berbasa-basi.

baru pagi tadi dia reply.
rasanya... berbasa-basi jugak la....




p/s.
boleh je nak berkawan dengan ex-boyfriend...

Tuesday, December 14, 2010

exhibit-ion!

'tunjuk exhibit A reject! tunjuk exhibit B reject. ni yg gua malas nak jadi lawyer ni!'
'oi sengal! ko jangan nak berangan sangat boleh tak?'
'ape pulak? gua tak cakap kosong la. gua memang ada exhibit. bahan bukti ni!'
'tu gambar boyfriend-boyfriend ko yang tak senonoh memang la mak bapak ko reject!'
.
.
.
p/s.
sekarang bukan zaman mak ayah tunjuk gambar calon menantu kat anak. 
sekarang zaman anak tunjuk gambar calon suami kat mak ayah.

gua dah miskin ke?

semalam isi full tank RON97 selepas viva 1.0 bergerak
dalam plus minus 25km dalam keadaan berkelip [digital meter].
RM70!

baru niat nak tukar ke RON95 sebab member kata
'gerak dekat-dekat slow-slow oke je pakai RON95' 

nota : kereta tupaimerah gerak plus minus 25km/day kalau tak ke mana-mana

tapi tiba-tiba hari ni terbaca pulak blog ni

http://mushpunyer.blogspot.com/2010/12/beza-ron95-dan-ron97.html

so? ni yang buat tupaimerah nak kekalkan keberadaan tupaimerah ni!

Monday, December 13, 2010

musim

kawan : kenapa tak layan BPL?
tupaimerah : sebab tak tahu nak pick team mana.
                   kadang-kadang chelsea, kadang-kadang liverpool. MU jarang sangat. 
kawan : kenapa macam tu?
tupaimerah : tengok boyfriend la. kalau dia support chelsea, support la chelsea.
                   kalau dah tukar boyfriend, dia support liverpool, support la liverpool....

lalalala~



p/s.
jangan ingat buah-buahan je ada musim.

13dis2010

tertunggu-tunggu 30 disember 2010.
nak wish birthday kat ex-boyfriend... 
.
.
ke nak tengok apa yang akan jadi?



p/s.
maaf-memaafi-lah kamu sesama insan :)

pesanan buat kau

'jaga diri elok-elok.
bukan selamanya aku ada untuk jaga kau.
bukan selamanya ayah kau ada untuk jaga kau.
bukan selamanya adik-beradik kau ada untuk jaga kau.
kau yang kena jaga diri kau sendiri.
ingat, jaga diri elok-elok.
jangan buat pada orang lain, apa yang kau dah buat pada aku...'

p/s.
tunggu hari nak lafazkan.

31 ogos 2007

'nanti, bila kakak kawen, pergi honeymoon jauh-jauh, tau?
bila lagi kita nak berjalan tempat orang....'

'kalau dapat husband kaya boleh la tok.... kalau macam kita-kita ni, hmmm...'



p/s.
dah nak masuk 2011 tok, tapi kakak masih ingat pesan atok :)

Sunday, December 12, 2010

1,2,3,4

'yang ni ok.
yang ni kalau aku, aku taknak.
yang ni tak nampak, tak boleh baca.
yang ni.... tak selari la..'

'kawan, yang tu la ex boyfriend aku...'
.
.
.
.
p/s.
kawan, aku sedih...

Friday, December 10, 2010

semalam pertama kali
merasa diri sudah tidak sudi
memaafmu buat kesekian kali
pergimu, tidak lagi ditagih kembali
aku kira, kita berakhir di sini...

Thursday, December 9, 2010

.
.
.
...but i hate myself more for loving you...

Monday, December 6, 2010

was that you?

terpandang sepasang mata terpaku tajam pada diri,
sengaja kau kubiar leka agar terus engkau tatapi,
memandang sepi pada aku yang pernah engkau sakiti,
meniti hidup dibayang cinta yang telah engkau bohongi.
.
.
was that you?

Friday, December 3, 2010

mana kau?

pulang-lah, please?
aku rindu...
.
.
.
.
.
benar-benar rindu...

why can't you see?

you belong with me.
[you belong with me - taylor swift]

lagu wajib kalau ke karaoke.
dulu-dulu masa tengah gilakan budak kedah tu.
.
.
.
tapi ending kami tak sama dengan ending lagu tu.

Wednesday, December 1, 2010

mana kau orang belajar ni?

'2cen nan aq ar,, rmai dos anop murid aq mcup u.. heho' 



merangkak juga tupaimerah tadi. 
nak baca satu hal.
nak faham lagi satu hal. 

tuisyen dengan aku aa, ramai dah anak murid aku masuk U. heho 

kesannya.

tutup office.
turun tangga dari tingkat empat.
berjalan ke parkir A.
memandu ke parkir B.
naik tangga ke tingkat empat.
buka dan tutup office.
turun tangga dari tingkat empat.
memandu pulang.

tupaimerah tertinggal handset.

p/s.
memang hari ini adalah antara hari-nya.