Monday, November 8, 2010

macamana tupaimerah menulis [draf]

sebelum tupaimerah buka blog ni, tupaimerah ada juga menulis. saja untuk suka-suka. eh, sekarang pun menulis untuk suka-suka sahaja. haha. dulu masa masih ada akaun friendster, tupaimerah menulis kat situ. post tupaimerah semua panjang-panjang sebab tupaimerah menulis ikut yang terlintas di kepala. kadang-kadang jari-jemari lagi laju dari otak yang memang sentiasa berfikir. fikir apa pun tak tahu la. haha. tapi sekarang akaun friendster dah tutup. [eh tapi masih hairan kenapa banyak email masuk cakap ada orang komen dekat entry akaun sana blablablabla. penuhkan inbox saja. penat nk delete email yang beratus tiap hari. huh!]

oke, kemudian bila dh tutup akaun friendster, tupaimerah stop menulis. ada la sikit-sikit dekat notes facebook. baru sekarang mula menulis semula di blogspot. [eh, penatnya nak eja semua perkataan secara penuh? penat lagi nak mengasingkan perkataan bahasa melayu dan bahasa inggeris?? penat juga nk kategorikan bahasa melayu persuratan dan bahasa melayu pasar???]

ouh. dah lupa tujuan menulis entry ini yang sebenar [eh, kenapa structure struktur ayat dirasa semacam ada yang tak kena?]. baiklah. ceritanya, mula-mula tupaimerah tulis [atau taip?] apa sahaja yang terlintas di kepala. kemudian, baca kali kedua untuk detect sebarang kesalahan ejaan. kemudian baca kali kelima untuk sebarang kesalahan struktur ayat. kemudian baca kali kesepuluh untuk tokok tambah cerita.

p/s - bacaan kali ketiga, keempat, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan adalah untuk ambil feel berkarya. haha

kemudian baca lagi sehingga puas hati. tujuannya mungkin supaya para manusia yang membaca faham akan tujuan asal entry.

kemudian, seperti biasa, akan ada suara-suara [jahat atau baik] dalam diri tupaimerah yang seakan berkata 'apa panjang sangat nih?'

ouh, panjang ye? oke, mari kita cuba pendekkan :-

sebelum tupaimerah buka blog ni, tupaimerah ada juga menulis. saja untuk suka-suka. eh, sekarang pun menulis untuk suka-suka sahaja. haha. dulu masa masih ada akaun friendster, tupaimerah menulis kat situ. post tupaimerah semua panjang-panjang sebab tupaimerah menulis ikut yang terlintas di kepala. kadang-kadang jari-jemari lagi laju dari otak yang memang sentiasa berfikir. fikir apa pun tak tahu la. haha. tapi sekarang akaun friendster dah tutup. [eh tapi masih hairan kenapa banyak email masuk cakap ada orang komen dekat entry akaun sana blablablabla. penuhkan inbox saja. penat nk delete email yang beratus tiap hari. huh!]


oke, kemudian bila dh tutup akaun friendster, tupaimerah stop menulis. ada la sikit-sikit dekat notes facebook. baru sekarang mula menulis semula di blogspot. [eh, penatnya nak eja semua perkataan secara penuh? penat lagi nak mengasingkan perkataan bahasa melayu dan bahasa inggeris?? penat juga nk kategorikan bahasa melayu persuratan dan bahasa melayu pasar???]


ouh. dah lupa tujuan menulis entry ini yang sebenar [eh, kenapa structure struktur ayat dirasa semacam ada yang tak kena?]. baiklah. ceritanya, mula-mula tupaimerah tulis [atau taip?] apa sahaja yang terlintas di kepala. kemudian, baca kali kedua untuk detect sebarang kesalahan ejaan. kemudian baca kali kelima untuk sebarang kesalahan struktur ayat. kemudian baca kali kesepuluh untuk tokok tambah cerita.


p/s - bacaan kali ketiga, keempat, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan adalah untuk ambil feel berkarya. haha


kemudian baca lagi sehingga puas hati. tujuannya mungkin supaya para manusia yang membaca faham akan tujuan asal entry.
.
.
.
.
kemudian, ada lagi suara-suara [jahat atau baik] dalam diri tupaimerah yang confirm akan berkata 'buat point form tak boleh ke?'

ouh, point form ye? oke, mari kita cuba  buat dalam bentuk point form :-

1. mula-mula tupaimerah tulis [atau taip?] apa sahaja yang terlintas di kepala
2. kemudian, baca kali kedua untuk detect sebarang kesalahan ejaan
3. baca kali ketiga untuk ambil feel berkarya 
4. baca kali keempat untuk ambil feel berkarya 
5. baca kali kelima untuk sebarang kesalahan struktur ayat
6. baca kali keenam untuk ambil feel berkarya  
7. baca kali ketujuh untuk ambil feel berkarya 
8. baca kali kelapan untuk ambil feel berkarya  
9. baca kali kesembilan untuk ambil feel berkarya 
10.  baca kali kesepuluh untuk tokok tambah cerita.
11.  kemudian baca lagi sehingga puas hati. tujuannya mungkin supaya para manusia yang membaca faham akan tujuan asal entry.
12. kemudian save draft. bila dah login next time, edit lagi, kemudian baru publish.

haih! susahnya jadi tupaimerah yang pandai menulis ni!

No comments:

Post a Comment